Wednesday 19 October 2011

HARI SUKAN SK GEDANGSA KALI 42

 Pada 15 oktober 2011 berlangsung acara sukan tahunan Sekolah Gedangsa buat kali ke - 42. Acara bermula dengan perbarisan rumah - rumah sukan dan menaikkan bendera Malaysia, bendera Selangor dan bendera Kejohanan.







































Acara di teruskan dengan bacaan ikrar kejohanan oleh Muhammad Amirul Ghani dari tahun 6 dan seterusnya acara larian di mulai oleh murid - murid pra hingga tahun 6.
Seterusnya acara sukaneka bermula dari murid pra hingga murid tahun 6.  Kemudian acara bagi pegawai/ibu bapa iaitu lontar lembing dan lempar cakera. Murid tahun 6 kemudian membuat persembahan senamrobik dan seterusnya ucapan dari Guru Besar SK Gedangsa Pn. Saniah bt. Sulaiman, YDP PIBG Muhammad Ariff b. Salleh. Seterusnya penyampaian hadiah dan anugerah olahragawan di menangi oleh Muhammad Faiz Izzat. Anugerah olahragawati pula dimenangi oleh Nursurhaizu Airena Nanis,bagi anugerah perbarisan johan di menangi oleh rumah merah. Naib johan di menangi rumah biru dan tempat ke tiga hijau. Juara keseluruhan di menangi rumah hijau, naib johan di menangi rumah biru dan tempat ke tiga rumah kuning. Olahragawan Harapan di menangi oleh Aiman Aliff dan Olahragawati Harapan di menangi oleh Nur Aqilah. Majlis berakhir dengan jamuan makan.  

Sunday 9 October 2011

Selamat Hari Malaysia

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.




Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Sunday 24 July 2011

Bagaimana cara buat email google

Apa itu email?
Email, apa itu email? Istilah ini sering sekali kita dengar, baik di dunia maya mahu pun di dunia nyata. Bagi orang tertentu mungkin sudah faham apa itu email. Tetapi masih ada juga orang yang belum faham apa itu email. Email merupakan singkatan daripada perkataan Electronic Mail. Jika diterjemahkan dalam bahasa Malaysia ialah Surat Elektronik. Surat elektronik atau email ini berfungsi apabila anda sebagai pengirimannya menggunakan alat elektronik (lap top atau komputer) dengan jaringan internet. Melalui internet surat elektronik atau email ini anda dapat mengirim teks, gambar, atau software kepada seseorang yang tentunya juga memiliki email (surat elektronik) dalam waktu yang sangat singkat.
Bagaimana cara buat email google
Ramai yang masih belum mahir dalam membuat email google dan saya mengambil inisiatif ini untuk memberikan tutorial bagaimana cara buat email google. Buat email google cukup-cukup senang. Pastikan anda ikut langkah demi langkah di bawah bagaimana untuk buat email google. Pastikan selepas anda membaca tutorial ini anda berjaya mempunyai email google anda sendiri. (saya doakan anda berjaya)
Baiklah tanpa melengahkan masa anda untuk mendapatkan email google.
1) Pergi ke link ini dan klik Create an account
cara buat email google
2) Anda akan di bawa kepada paparan seperti ini. Lihat ada form yang perlu di isikan? Anda isikan semua maklumat yang diperlukan. Dah selesai? Jom ke langkah 3
cara buat email google
3) Anda mesti perasaan pada form yang paling bawah terdapat butang I accept Create my account
cara buat email google
Sekiranya anda ingin membuat email yahoo..sila klik di sini
Semoga dengan tutorial membuat email google ini anda mempunyai email anda sendiri. Kalau boleh kongsikan email google yang anda telah create. Selamat mencuba


KREDIT TO  TUTORIALNEWBIE.COM

SELAMAT DATANG KE BLOG SK GEDANGSA