SEJARAH

SEK. KEB. GEDANGSA DIBUKA DENGAN RASMINYA PADA 10 APRIL 1964 OLEH YANG BERUSAHA ENCIK AMINUDDIN BIN BAKI KETUA PENASIHAT PELAJARAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. 

Penempatan peneroka Felda Gedangsa pada tahun 1962 adalah permulaan sejarah bagi Sekolah Kebangsaan Gedangsa. Pendapat pertama menyatakan bahawa nama Gedangsa diambil dari nama sepohon pokok limau yang dipanggil limau godangsa. Pendapat kedua menyatakan bahawa nama Gedangsa diambil dari gendang besar yang dijumpai oleh peneroka awal penempatan ini. Ekoran pembukaan Tanah Rancangan Gedangsa,maka terbinalah sebuah sekolah untuk menempatkan anak-anak peneroka. Sekolah Kebangsaan Gedangsa dibuka dengan rasminya oleh Encik Aminuddin bin Baki, Ketua Penasihat Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu pada 10 hb.APRIL 1964. Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK. Gedangsa ialah : EN. MOHD KASIM B AB LATIF (1963-1966) EN.MOHD SARI B SAID (1967-1969) EN.MOKHTAR B KAMARUDDIN (1970-1985) EN.ABD GHANI B HASSAN (1986-1988) EN.MOHD RADZI B ABDULLAH (1989-1994) EN.SUHAIMI B HJ RAMLY.(1994- hingga sekarang)